Miri tutup sekolah 14 hari

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri memutuskan sekolah-sekolah Miri, Beluru dan Subis ditutup sementara selama 14 hari.

Menteri Pengangkutan yang bertanggungjawab dalamJPBB Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, keputusan dibuat memandangkan Miri berada dalam zon merah dan jumlah kes positif melibatkan pelajar dan guru.

Beliau berkata, keputusan telah disampaikan kepada Pengarah Pendidikan Sarawak Dr. Norisah Suhaili dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

"Keputusan ini akan dikaji selepas 14 hari. Sesi persekolahan masih diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Share: