BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Miliki dadah, lelaki berdepan hukuman gantung

KUCHING:Seorang lelaki tempatan berdepan hukuman gantung kerana memiliki dua paket plastik lutsinar methamphetamine seberat 102.10 gram dianggarkan bernilai RM 10,000.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, ketika membuat rondaan penguatkuasaan trafik di jJalan Wan Alwi, pasukan penguatkuasaan Trafik IPD Kuching telah menahan seorang lelaki yang sedang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan berumur dalam lingkungan 39 tahun pada jam 5.15 petang semalam.
"Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai dadah di dalam poket seluar yang dipakai oleh suspek. 

"Kes disiasat di bawah Sek. 39B ADB 1952 yang membawa hukuman gantung mandatori sampai mati," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil saringan awal air kencing suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai dua rekod kesalahan lampau dadah.

"Hasil siasatan awal, suspek memperolehi dadah secara bank-in dari seorang pengedar di sekitar Kuching. 

"Tindakan selanjutnya sedang dilakukan untuk mengesan pengedar tersebut, suspek mula terlibat dengan pengedaran dadah sejak pertengahan tahun 2020," ujarnya.

Merbin berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan dan direman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 28 April ini.
« PREV
NEXT »

No comments