Mekanik diberkas miliki syabu

BAU:Seorang mekanik sambilan diberkas kerana memiliki dadah jenis syabu di hadapan sebuah bengkel di Kampung Pengkalan, di sini, semalam.

Lelaki berusia 32 tahun berasal dari Taman Matang Jaya,Kuching, ditangkap jam 2.35 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dengan rampasan dadah syabu seberat 0.64 gram dianggarkan berharga RM 60.

 Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata,suspek yang dalam keadaan cemas ketika diperiksa cuba menyembunyikan satu beg kecil warna merah yang digenggam erat ke arah bahagian badan belakang.

"Apabila diperiksa terdapat satu peket plastic lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya jenis syabu 

"Dadah berkenaan dirampas dan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk saringan awal air kencing. 

"Hasil ujian mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952,"tegasnya.

Poge berkata,usaha berterusan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau bagi mengekang dan mengesan aktiviti dadah ini di lokasi – lokasi yang disyaki diteruskan disamping maklumat orang awam amat diperlukan bagi membenteras aktiviti dadah.

"Pemeriksaan akan dijalankan juga di kawasan bengkel kenderaan mahupun bengkel motorsikal dan juga tempat tempat pembinaan jika terdapat maklumat berkaitan aktiviti dadah berlaku untuk diambil tindakan undang-undang,"jelasnya.
Share: