Mangsa maut tanpa mengira usia

KUCHING: Kes kematian akibat jangkitan COVID-19 tidak mengira usia apabila dua mangsa kes kematian dilaporkan hari ini berusia 40-an dan seorang awal 50an.

Sarawak merekodkan tiga kes kematian baharu dan 432 kes positif COVID-19 dikesan hari ini.

Kes kematian pertama melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 47 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana
mengalami gejala sakit tekak, demam, batuk, cirit-birit dan kesukaran bernafas. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021

Manakala kes kedua, melibatkan
seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 44 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sarikei kerana mengalami sesak nafas. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021.

Manakala, satu lagi kes kematian melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 54 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, batuk, sakit kepala dan sakit dada beberapa hari
yang lalu. Saringan ujian rT-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 09 April 2021. 

Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2021.

Malah, lebih membimbangkan lagi kes tidak mempunyai ko-morbid.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, sebanyak 432 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak.

Menurutnya, daripada 432 kes baharu yang dilaporkan, seramai 52 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
 
"Manakala, seramai 376 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

"Sebanyak 70 peratus kes tertumpu di daerah Bintulu, Bukit Mabong, Miri, Sibu dan Kanowit. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Bintulu (81), Bukit Mabong (64), Miri (60), Sibu (53), Kanowit (46), Selangau (23), Mukah (23), Kuching (21), Matu (10), Julau (8), Marudi (6), Sebauh (6), Lundu (4), Sri Aman (3), Sarikei (3), Subis (3), Pakan (3), Serian (2), Lubok Antu (2), Bau (2), Meradong (2), Betong (2), Belaga (1), Tatau (1), Beluru (1), Saratok (1) dan Telang Usan (1)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua 
kluster baharu iaitu Kluster Sungai Ngungun, Kanowit dan Kluster Sungai Tuah, Kanowit
Share: