Lori kargo terbakar di Lanang

SIBU: Sebuah lori kargo terbakar di Jalan Jambatan Lanang, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.49 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian.

"Kebakaran telah memusnahkan bahagian belakang lori kargo berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini 

Katanya, pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dari tangki jentera.
Share: