Lockdown di tiga rumah panjang

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengiystiharkan tiga kawasan di Daerah Pakan di laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kawasan terbabit ialah Rumah Mathew, Lubok Pisang, Genega, Rumah Dinggai di Sungai Amut Atas dan Rumah Giman, Bt 13 Jalan Engkamop.

"PKPD di Rumah Mathew Lubok Pisang, Genega dan Rumah Dinggai Sungai Amut Atas bermula dari 22 April hingga 5 Mei ini.

"Manakala, Rumah Giman, Bt 13 Jalan Engkamop bermula dari 23 April hingga 6 Mei ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, Daerah Lawas telah bertukar ke status Kuning daripada Hijau setelah merekodkan satu kes jangkitan baharu pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning telah meningkat kepada 11 daerah dan daerah berstatus Hijau telah menurun kepada dua (2) daerah.
"Daerah Lundu pula telah bertukar ke status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan sejumlah 36 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga telah meningkat kepada lapan (8) daerah," katanya.

Menurutnya, Daerah Julau dan Daerah Matu telah kembali ke status Jingga
daripada status Merah setelah masing-masing mencatatkan 29 dan 34 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

"Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah menurun kepada 19
daerah," katanya.
Share: