BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lebih separuh Sarawak Zon Merah

KUCHING: Lebih separuh Sarawak berada di Zon Merah apabila 22 daerah diisytihar kawasan wabak hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengrusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Daerah Song hari ini telah bertukar ke status Merah daripada status Jingga setelah merekodkan sebanyak 53 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

"Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 22 daerah dan Daerah berstatus Jingga telah menurun kepada tiga (3) daerah.
Manakala 11 daerah kekal berstatus Kuning dan empat (4) daerah kekal berstatus Hijau," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, sebanyak 429 kes baharu COVID-19 dikesan dan empat kes kematian dilaporkan hari ini. 

Menurutnya, daripada 429 kes baharu yang dilaporkan, seramai 64 orang telah
menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Meradong (82), Sibu (62), Bintulu (58), Kuching (54), Bukit Mabong (36), Miri (23), Kapit (21), Song (17), Mukah (11), Sarikei (11), Julau
(7), Samarahan (6), Kanowit (5), Subis (5), Selangau (5), Limbang (5), Marudi (4), Matu (4), Pakan (4), Sri Aman (2), Pusa (1), Serian (1), Dalat (1), Saratok (1), Beluru (1), Belaga (1) dan Bau (1)," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga 
kluster baharu iaitu Kluster Sungai Lemayong, Meradong, Kluster Duranda Emas, Serian dan Kluster Taman Mesra Bako, Kuching.
« PREV
NEXT »

No comments