Ketibaan dari India disekat, 615 kes dan 6 kematian



KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan pengembara dan mereka yang pernah berada di India dalam tempoh 30 hari ke Sarawak berkuat kuasa esok.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, ia sebagai mencegah kemasukan Varian Baharu dari India, sebagai langkah pencegahan.

Menurutnya, Sarawak 615 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak dan enam kematian baharu hari ini.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Bintulu (106), Sibu (90), Pakan (67), Kuching (55), Miri (52), Mukah (38), Kanowit (31), Lundu (25), Selangau (23), Saratok (19), Sarikei (16), Kapit (14), Belaga (9), Meradong (9), Julau (8), Sri Aman (8), Sebauh (8), Bau (7), Song (4), Dalat (4), Tatau (4), Tanjung Manis (3), Bukit Mabong (3), Daro (2), Subis (2), Matu (2), Marudi (2), Serian (2), Samarahan (1) dan Beluru (1)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Uggah berkata, daripada 615 kes baharu yang dilaporkan, seramai 78 orang telah
menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Katanya, seramai 523 orang adalah
terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga 
kluster baharu iaitu Kluster Sungai Senibung, Julau, Kluster Pondok, Belaga dan Kluster Jalan Sebauh-Bintulu, Sebauh.
Share: