Kecoh meteor jatuh bumi

KUCHING: Beberapa penduduk di negeri ini mendakwa terlihat lintasan cahaya berwarna hijau terang dipercayai meteor melintasi ruang udara malam tadi.

Beberapa saksi dari Bintulu, Sri Aman dan Belawai menyaksikan objek menyerupai meteor tersebut yang menjadi tular di media sosial.

Seorang netizen Mohd Fadzlii mendakwa, gambar dipercayai meteor terang dan besar.

"Masa lepak tek kawan nego ada benda gugok dari langit cahaya hijau macam dalam gambarnya terang dan besar. Pada sapa yang ada nanga ya taukla nya," katanya menerusi hantaran facebook.

Manakala Miedee Dee dalam hantaranya berkata, meteor melintas bumi...

"Tidak sempat tek... laju gilak gugok... cun lepak depan kapal tek... fikir org majn mercun... tapi besra gilak," katanya," katanya.

Iswandy Isk dalam hantaran berkata, berkesempatan menyaksikan objek bercahaya hijau yg menerangi langit malam ini dibeberapa tempat sekitar Bandar Sri Aman dikenali sebagai "Bolide" iaitu sebuah meteor yang jatuh ke bumi.
 
"Ia adalah kejadian biasa berlaku dan tidak mendatangkan kemusnahan pada Bumi. Malam ini ia menghampiri atmosfera kepulauan Borneo lalu jatuh ke Bumi tetapi tekanan tinggi di atmosfera menyebabkan ia terbakar di udara sebelum terjatuh di bumi. 

"Warna meteor berbeza² spt putih, kuning, oren, hijau, biru dan jingga bergantung kpd jenis jisim atau kandungan galian pada meteor itu. Sebelum ini ia pernah dilihat di Australia dan beberapa buah negara lain," katanya.
Share: