BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hanya Simunjan tinggal hijau

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporan hanya Daerah Simunjan tinggal berstatus hijau hari ini.

Pengerusi JPBN DatuK Douglas Uggah berkata, Daerah Telang Usan telah bertukar ke status Kuning daripada Hijau setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan pada hari ini.
"Ini menjadikan jumlah daerah yang berstatus Kuning telah meningkat kepada 10 daerah dan hanya tinggal satu daerah yang berstatus hijau," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Daerah Matu bertukar kepada status merah daripada jingga setelah merekodkan sejumlah 43 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. 
 "Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 22 daerah dan daerah berstatus jingga telah menurun kepada tujuh (7) daerah," katanya.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Rh. Bajak, Nanga Semawang, Julau dilanjutkan bermula esok hingga 04
Mei.
« PREV
NEXT »

No comments