BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Empat sekolah dicadang tutup di Mukah

MUKAH: Empat buah sekolah di Mukah dicadangkan ditutup sementara ekoran beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pelajar sekolah.

Empat sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, SMK Mukah, Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah dan Sekolah Kebangsaan (Agama) Majlis Islam Sarawak, Mukah.

Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr. Huzaimah Husin berkata, pihaknya mencadangkan penutupan bermula 19 hingga 23 April bagi menjalankan sanitasi.

Menurutnya, penutupan bagi membolehkan menjalankan aktiviti pengesanan kes secara aktif untuk mengesan kontak rapat kes positif dan saringan bergejala.

Kredit gambar SMK Three Rivers, Mukah
« PREV
NEXT »

No comments