BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua kes pengsan di rumah antara enam kes kematian


KUCHING: Dua kes mangsa tidak sedarkan diri di rumah antara enam kes kematian yang dicatatkan akibat COVID-19 dilaporkan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengursuan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 171 orang.

Menurutnya, kes pertama melibatan lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 30 tahun yang telah ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga dan telah dibawa ke Hospital Bintulu pada 11 April.

"Kes didapati mengalami gejala demam dan batuk beberapa hari sebelum itu.

"Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 12 April dan disahkan meninggal dunia pada 11," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes kedua melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 37 tahun telah ditemui tidak sedarkan diri di rumah pada 24 April 2021 di Sibu.

Menurutnya, kes mengalami ketidakselesaan pada dada dan kelesuan badan dua hari sebelum itu.

"Saringan ujian rT-PCR yang telah dilakukan pada 24 April 2021 dikesan positif," klatanya.

Beliau berkata, terdapat 416 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak.

Sebanyak 48 peratus kes tertumpu di daerah Kapit,Sibu, Bintulu, Meradong dan Miri.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kapit (53), Sibu (46), Bintulu (38), Meradong (33), Miri (30), Kuching (29), Serian (24), Saratok (21), Beluru (18), Kanowit (15), Samarahan (12), Mukah (12), Selangau (10), Sarikei
(10), Song (9), Bau (9), Belaga (8), Julau (5), Tanjung Manis (5), Pakan (5), Lundu (5), Bukit Mabong (4), Sri Aman (3), Limbang (3), Tebedu (3), Matu (2), Kabong (1), Tatau (1), Dalat (1) dan Sebauh
(1)," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments