Doktor patah tangan


KUCHING: Seorang doktor mengalami patah tangan kanan dalam kejadian kemalangan di Jalan Stenggang-Lundu, Kampung Jugan petang semalam.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta Myvi yang dipandu oleh mangsa  yang bertembung dengan sebuah lori 3 tan.

Mangsa sebelum kejadian dalam perjalanan dari Lundu balik ke Kuching.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 5.22 petang dan mendapati pemandu Myvi masih tersepit di tempat duduk pemandu.

"Mangsa berjaya dikeluarkan lalu dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi rawatan segera," katanya.

Punca kejadian kini masih dalam siasatan
Share: