BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ditahan rogol teman wanita lembam

PADAWAN: Pekerja sebuah kafe ditahan kerana didakwa merogol wanita yang mengalami masalah lembam atau 'slow learner' di rumah mangsa dekat Batu 19 Jalan Kuching-Serian pada Khamis lalu.

Suspek berusia 20 tahun ditahan pada Sabtu lalu di sebuah kafe berhampiran Batu 17 Siburan bagi siasatan lanjut berhubung kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, suspek telah lama mengenali mangsa iaitu sejak dari sekolah menengah dan merupakan teman wanita.

Menurutnya, mangsa, 22, mengakui telah mengenali suspek lebih kurang setahun yang lalu sebelum kali pertama berjumpa pada hari kejadian. 

"Suspek mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa tapi atas dasar suka sama suka.

"Hasil siasatan disebabkan mangsa mempunyai masalah lembam dipercayai mangsa hanya dijadikan mangsa nafsu oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan. 

Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan pemeriksaan lanjut pada Sabtu.
« PREV
NEXT »

No comments