BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 menular di pantri


SIBU, 22 April (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (SDDMC) sedang merangka strategi baharu bagi memantau kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mengekang penularan COVID-19 yang kembali naik mendadak, sejak beberapa minggu lepas.

Penyelaras SDDMC Dr Annuar Rapaee hari ini berkata bahawa penguatkuasaan SOP kini akan ditumpukan di tempat kerja setelah angka tertinggi iaitu 133 kes direkodkan di tempat kerja hanya di daerah Sibu, pada 19 April lepas.

"Kawasan utama penularan berlaku di pantri, kawasan pekerja makan dan berehat. Pantri, kawasan yang kecil, tertutup dan pekerja tidak memakai topeng semasa mereka makan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa di sini, hari ini.

Beliau berkata majikan harus sentiasa menasihati pekerja mereka yang berisiko tinggi dalam menyebarkan penyakit ini, terutamanya dalam kalangan petugas keselamatan, tukang cuci dan pemandu agar mematuhi SOP ketat serta  menggelak daripada makan dan berehat di pantri, bagi mencegah penularan COVID-19 di tempat kerja mereka.

"Majikan juga disarankan agar memastikan pekerja mereka menjalani sarinan COVID-19 dan Pemangku Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng akan mengeluarkan arahan untuk menutup semua pantri di pejabat kerajaan," kata Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

-- BERNAMA


« PREV
NEXT »

No comments