Cari kaedah pembelajaran alternatif

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Swak (KGBS) mengesyorkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia mencari kaedah pembelajaran alternatif untuk mengelakkan penutupan pengoperasian persekolahan bersemuka sekiranya berlaku peningkatan kes covid.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, sudah sampai masanya KPM perlu memikirkan resolusi alternatif selain daripadalangkah menutup pengoperasian persekolahan sekiranya kes penularan semakin meningkat.

"Ini kerana KGBS juga memikirkan tentang pemerolehan pengetahuan dalam kalangan murid yang terkesan daripada arahan penutupan sekolah yang terpaksa dilakukan dalam keadaan peningkatan kes covid pada ketika ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akur pengumuman penutupan sekolah di zon merah di negeri ini seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri pagi tadi.

Katanya, KGBS mengingatkan pelajar sekolah yang berkaitan agar tidakmenyalahgunakan penutupan sekolah sebagai tempoh bercuti kerana sepanjang tempoh tersebut mungkin penbelajaran secara dalam talian akan dilaksanakan.

"KGBS mengingatkan sedemikian kerana khuatir murid-murid akan merasa seronok apatah lagi penutupan sekolah ini dlm suasana ramadhan telah menarik keterujaan mereka untuk menyambut perayaan hari raya dan juga hari gawai sehingga melupakan pembelajaran mereka.

"Justeru, KGBS merayu agar ibu bapa dpt memantau pergerakan anak-anak mereka sepanjang tempoh penutupan sekolah ini agar anak-anak mereka tidak leka dengan keseronokan sepanjang tempoh penutupan sekolah," katanya.
Share: