Bintulu ketatkan kawalan pergerakan

BINTULU: Pergerakan keluar dan masuk Bahagian Bintulu diperketatkan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19 melalui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dalam satu hantaran di facebooknya hari ini berkata, tiada individu dibenarkan berada di tempat awam selepas jam 8 malam tanpa sebab atau alasan yang munasabah. 

"Sekiranya gagal memberikan alasan munasabah, individu berkenaan boleh dikenakan kompaun serta -merta.

"Bagi mereka yang ingin membeli barangan keperluan rumah hanya dua isi rumah sahaja dibenarkan keluar dalam radius tidak melebihi 10 km dari kediaman atau ke tempat paling hampir dengan kediaman sekiranya bekalan keperluan tersebut tiada dalam radius 10 km dari kediaman mereka,"katanya.

Beliau berkata, semua sektor pekerjaan di Bahagian Bintulu diwajibkan melaksanakan bekerja dari rumah dengann 70 peratus kakitangannya bekerja dari rumah dan hanya 30 peratus sahaja kehadiran ke pejabat.

"Pergerakan keluar dan masuk Bahagian Bintulu (PKPB SOP diperketatkan ) adalah tidak dibenarkan kecuali bagi perkhidmatan 0perlu dan telah menjalani Calitan RT-PCR bagi mendapat kelulusan Pejabat Kesihatan dan PDRM (oermit diperlukan),"tegasnya.
Share: