BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Belum ada sebarang petunjuk ditemui


 
KUCHING: Op Carilamat seorang penyelam yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu, sekitar 23 batu nautika dari perairan Pulau Satang Besar, di sini, diteruskan hari ini.

Setakat jam 4 petang ini, petugas Carilamat Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching masih belum menemui sebarang petunjuk berkenaan dengan mangsa.
 
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Yousry Yaali berkata, keluasan sektor pencarian di laut pada hari ini merangkumi seluas 373.73 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Satang Besar yang melibatkan aset Maritim Malaysia dan PPM. 

"Pencarian melalui udara oleh aset PGU melibatkan keluasan 118.80 batu nautika persegi, manakala pencarian menggunakan drone APM adalah seluas 165 batu nautika persegi dari Tanjung Sipang ke Utara.
 
"Tim penyelam PPM turut melakukan pencarian dengan menyelam di lokasi terakhir mangsa dikatakan hilang, manakala tim JPBM melakukan pencarian di sekitar perairan Pulau Satang Besar," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Katanya,Op Carilamat ini melibatkan aset dan anggota daripada Maritim Malaysia, PDRM, termasuk PPM dan PGU, JBPM serta APM dengan keseluruhan kekuatan seramai 55 orang pegawai dan anggota dengan sebuah pesawat udara, lima buah bot dan sebuah dron.
« PREV
NEXT »

No comments