BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

AADK gempur bangunan kosong sarang dadah

KUCHING:Bangunan kosong di Jalan Haji Taha,di sini, yang menjadi sarang untuk aktiviti penyalahgunaan dadah digempur Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) Negeri Sarawak semalam.
Jurucakapnya berkata,dalam operasi cegah itu serama enam individu 
diberkas kerana positif dadah jenis syabu.
"Mereka terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia 30 hingga 40-an,kes disiasat bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan &Pemulihan) 1983,"katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,operasi itu diadakan bertindak atas aduan diterima serta maklumat risikan, Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri Sarawak di kawasan sekitar bandaraya Kuching.
"Ia melibatkan seramai 12 pegawai / anggota dan turut dihadiri sendiri Timbalan Pengarah P&K Puan Winnie ak Lugit,"ujarnya.
AADK menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.
« PREV
NEXT »

No comments