BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

760 kes, lima kematian hari ini

KUCHING: Sarawak merekodkan 760 kes baharu dan lima kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 pada hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, sejumlah 70 peratus daripada kes hari ini dikesan di Daerah Bintulu, Kapit, Sibu dan Miri.

Menurutnya, Daerah Bintulu mencatatkan 202 kes baharu, 89 peratus kes merupakan kontak kepada kes positif yang yang telah dikenal pasti
dan di bawah arahan kuarantin di mana 90 kes berasal daripada Rh Siba and 47 kes dari Rh Lampoh yang telah di ‘lockdown ’ mulai 22
dan 24 April 2021 setelah kes pertama dikesan positif.

"Daerah Kapit pula telah mencatatkan 156 kes baharu hari ini, 87 peratus merupakan kontak kepada kes positif yang telah dikenal pasti dan di bawah arahan kuarantin.

"Antaranya 45% berasal dari rumah panjang yang telah di bawah lockdown.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Bintulu (202), Kapit (156), Miri (80), Sibu (58), Kanowit (33), Subis (32), Kuching (32), Pakan (29), Selangau (26), Song (24), Meradong
(15), Serian (11), Sebauh (11), Sarikei (11), Saratok (8), Sri Aman (6), Beluru (6), Lundu (6), Bau (4), Mukah (4), Julau (3), Limbang
(1), Samarahan (1) dan Bukit Mabong (1)," katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat 
kluster baharu iaitu dua kluster di Daerah Miri, satu kluster di
Daerah Kanowit dan satu kluster di Daerah Selangau.
« PREV
NEXT »

No comments