600 kes baharu, tiga kluster baharu

KUCHING: Sarawak merekodkan 600 kes baharu Covid-19 dan satu kematian hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes kematian melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 74 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sarikei kerana mengalami gejala demam beberapa hari yang lepas. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, pihaknya mengenal pasti tiga kluster baharu iaitu Kluster Pasar Ikan Sebiew di Bintulu, Kluster Sungai Rian di Meradong dan Kluster Kampung Tengah di Betong.

Menurutnya, daerah yang merekodkan kes ialah Bintulu (110), Sibu (98), Kuching (83), Meradong (54), Kapit (41), Tatau (38), Mukah (31), Sarikei (25), Miri (24), Song (20), Kanowit (13), Serian (10), Betong (10), Beluru (7), Selangau (6), Subis (6), Kabong (6), Marudi (5), Samarahan (5), Saratok (4), Pakan (3) dan Julau (1). 

"Seramai 73 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

"Manakala, seramai 544 adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin," katanya pada sidang media hari ini.
Share: