508 kes positif, 2 kluster baharu

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan dua (2) lagi kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Bintulu-Sibu, Tatau dan Kluster Tarat Tani, Serian.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 508 kes baharu COVID-19 hari ini,

."Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Bintulu (118), Sibu (107), Miri (67), Kuching (44), Selangau (33), Kanowit (25), Sarikei (18), Subis (17), Kapit (13), Sebauh (11), Belaga (7), Serian (6), Mukah (6), Meradong (6), Song (4), Pakan (3), Kabong (3), Beluru (3), Marudi (2), Sri Aman (2), Julau (2), Samarahan (2), Tatau (2), Bukit Mabong (2), Matu (1), Pusa (1), Asajaya (1), Betong (1) dan Limbang (1)," katanya dalam kenyaraan hari ini.

Uggah berkata, Kluster Jalan Bintulu-Sibu, Tatau adalah kluster institusi 
yang telah dikesan melibatkan sebuah sekolah menengah dan penempatan penduduk di Kilometer 60, Jalan Bintulu-Sibu di dalam Daerah Tatau. 

"Indeks kes kepada kluster ini adalah kes 
ke-18,771 yang melibatkan seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Tatau pada 06 April 2021 dan telah disahkan positif COVID-19 pada 10 April 2021. 

"Pergerakan kes indeks ini hanya melibatkan sekitar Daerah Tatau sebelum mula masuk ke asrama sekolah pada 4 April 2021. Kes berkemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti," katanya.

Beliau berkata, Kluster Tarat Tani merupakan satu kluster komuniti yang telah dikesan di kuarters kerajaan di Tarat di daerah Serian.

Menurutnya, indeks  kes kepada kluster ini adalah kes ke-19,877 yang merupakan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 39 tahun yang telah dikesan menerusi saringan bergejala di Klinik Kesihatan Tarat pada 09 April 2021 dan didapati positif COVID-19 pada 10 April.

"Kes indeks adalah seorang suri rumah 
tangga juga telah menjangkiti dua orang anaknya yang merupakan pelajar di SK Tarat, Serian," ujarya.
Share: