BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

5 penganggur diberkas terlibat dadah di Bau


BAU: Lima penganggur diberkas kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu bertempat di sebuah rumah di Kampung Bidi, Jalan Krokong, di sini, pagi tadi 

Kelima-lima suspek lelaki berusia 19 hingga 23 tahun sedang leka berada di dalam rumah berkenaan ketika diperiksa
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau pada jam 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon  berkata, dalan pemeriksaan itu pihaknya merampas serbuk methamphetamine seberat 0.40 gram
 dianggarkan bernilai RM 40.

"Hasil pemeriksaan mendapati satu beg sandang warna hitam berada di badan salah seorang suspek. 

"Pemeriksaan lanjut beg berkenaan mendapati satu peket plastik lut sinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya,kelima-lima mereka bersama sama menggunakan dadah sebelum pihak polis menjalankan pemeriksaan,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,barang kes yang dirampas adalah saki baki yang belum digunakan oleh kesemua  suspek.

 "Kesemua suspek  ditahan dan  dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk ujian saringan awal air kencing dan kesemua  positif dadah jenis methamphetamine,"ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
« PREV
NEXT »

No comments