BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

4 ditahan dalam Op Mabuk

KUCHING:Tiga lelaki tempatan serta seorang wanita ditahan kerana disyaki memandu dibawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Simpang Tiga di sini yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching mulai jam 9 malam hingga awal pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 19 hingga 53 tahun dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan lanjut kerana disyaki memandu dibawah pengaruh alkohol. 
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata,
hasil ujian menggunakan alat EBA dapati dua lelaki tempatan tersebut positif alkohol iaitu kandungan alkohol melebihi 165mg/100ml dan 86mg/100ml manakala seorang lelaki dan perempuan tempatan tersebut negatif alkohol iaitu tidak melebihi had yang ditetapkan.

"Jika disabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM10000 dan tidak lebih RM30000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

"Sebanyak 21 keping saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan iaitu tiada lesen memandu - 1 keping, tidak pakai tali pinggang keledar - 1 keping, tiada no pendaftaran - 3 keping, no plat tidak ikut peraturan - 4 keping, gagal tunjuk lesen memandu - 4 keping, cukai jalan tamat tempoh - 2 keping, ubahsuai ekzos - 4 keping, ubahsuai struktur peralatan - 1 keping dan tiada cermin sisi - 1 keping," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,sebanyak 60 buah kenderaan dan 71 orang telah diperiksa.

"Walaupun Op Mabuk ini kerap kali diadakan, namun masih terdapat individu yang dikesan memandu kenderaan dibawah pengaruh alkohol,"ujarnya.

Katanya,pihak PDRM Kuching akan meneruskan operasi seumpama ini bagi menyampaikan mesej kerajaan untuk membendung gejala pemandu mabuk dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut di daerah ini.
« PREV
NEXT »

No comments