20 daerah Zon Merah, Empat kluster baharu


KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di Sarawak hari ini.

Kluster dikenal pasti ialah Kluster Sungai Anus, Selangau, Kluster Sungai Selitut, Tatau, Kluster Sungai Passin, Matu dan Kluster Sungai Duan, Mukah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berkata, jumlah daerah berstatus merah di Sarawak meningkat kepada 20 daerah.

"Dua daerah itu iaitu Sri Aman dan Bukit Mabong bertukar status merah setelah masing-masing merekodkan sejumlah 50 kes dan 44 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak merekodkan 589 kes baharu dan tiga kes kematian baharu hari ini.

Menurutnya, daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Sibu (133), Bintulu (99), Mukah (82), Kapit (72), Kuching (44), Sarikei (31), Miri (30), Meradong (16), Tatau (16), Sri Aman (13), Selangau (11), Matu (8), Kanowit (6), Tanjung Manis (5), Bukit Mabong (4), Serian (4), Pakan (4), Samarahan (3), Subis (2), Dalat (2), Kabong (1), Song (1), Saratok (1) dan Julau (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 24,529 kes.

"Hari ini terdapat tiga (3) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 140 orang," katanya.

Share: