BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

19 dikompaun langgar SOP PKPB

KUCHING: Seramai 19 orang dikompaun kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam dua operasi berasingan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.
 
Pemantauan dan pemeriksaan ke atas pusat-pusat hiburan, lokasi kedai makan atau Food Court serta lokasi tumpuan ramai akan diperhebatkan setiap hari bagi membendung penularan jangkitan wabak Covid-19 yang semakin hari agak meningkat. 
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata,dalam operasi pertama jam 10.20 malam tadi sepasukan anggota Task Force Balai Polis Sentral telah membuat pemantauan SOP Covid-19 di persekitaran kawasan tumpuan orang awam iaitu Waterfront Kuching.

"Sepanjang pemantauan di lokasi telah mengambil tindakan kompaun ke atas sembilan individu iaitu tujuh lelaki dan dua perempuan berumur antara 19 hingga 40 tahun warganegara tempatan kerana tidak mematuhi SOP iaitu tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial di tempat awam. 

Kesemua Orang Kena Kompaun (OKK) dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan selanjutnya,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,dalam operasi kedua jam 10.40 malam sepasukan pegawai dan anggota daripada JSJ IPD Kuching yang sedang membuat pemantauan ke atas pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Kuching telah mendapati sebuah premis hiburan beroperasi lebih masa di Jalan Ang Cheng Ho Kuching. 

"Hasil pemeriksaan premis tersebut mempunyai lesen perniagaan Bistro yang dikeluarkan oleh pihak PBT dan dibenarkan beroperasi . 

"Semasa pemeriksaan diadakan didalam premis tersebut terdapat pelanggan yang sedang berhibur dan seterusnya tindakan kompaun dikeluarkan kerana tidak mematuhi SOP iaitu beroperasi lebih masa di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,"ujarnya.

Katanya,pemilik premis bersama tiga pekerjanya serta enam pelanggan yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua perempuan berumur diantara 19 hingga 52 tahun telah diambil tindakan kompaun.

"Kesemua mereka telah dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan lanjut. OKK telah diterangkan dengan jelas kesalahan yang dilakukan.

"Mereka dldiingatkan bahawa kompaun tersebut perlu dijelaskan di pejabat Kesihatan Daerah Kuching dalam tempoh 14 hari,"tegasnya.
« PREV
NEXT »

No comments