BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

11 kaki judi dikompaun RM 2,000 langgar SOP PKPB di Sibu

SIBU:Padah melanggar prosedur operasi standard(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) Covid-19 di sini,seramai lapan lelaki dan tiga wanita yang leka bermain mahjong dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000 seorang.

Kesemua mereka yang berusia 22 hingga 45 tahun ditangkap dalam serbuan Op Dadu Khas Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sibu di Kelab Sosial Penduduk Pedada Sibu jam 1.50 tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu,Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata,ketika serbuan dibuat pintu utama hadapan dalam keadaan tertutup 

"Namun suara dan bunyi buah mahjong dapat didengari dari dalam premis terbabit.

"Apabila dibuka mendapati ke semua mereka sedang bermain mahjong," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,kesemua suspek didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan turut disiasat atas kesalahan di bawah Peraturan 11 dan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No. 4) 2021 kerana melakukan aktiviti terlarang iaitu berjudi di dalam premis menyebabkan gagal mempastikan penjarakan fizikal.

"Kita turut meramoas dua buah meja kayu, lapan kerusi plastik, buah mahjong, enam biji dadu,100 cip pelbagai warna dan dua penunjuk arah yang digunakan dalam aktiviti perjudian ini.

"Kesemua tangkapan dibebaskan dengan jaminan polis setelah selesai dirakam percakapan atas faktor kesesakan di lokap dan risiko jangkitan Covid-19," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments