BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Spa dan karaoke di Sarawak buka Sabtu ini.



KUCHING, 24 Mac (Bernama) -- Pusat spa, refleksologi, urutan kaki dan karaoke di Sarawak dibenarkan beroperasi semula mulai Sabtu ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan tersebut dibuat dalam usaha memulihkan semula sektor ekonomi di negeri berkenaan. 

Menurut JPBN, sebelum memulakan operasi, premis-premis tersebut dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB).

“Semua pekerja dan pengusaha mesti menjalani ujian calitan RT-PCR (keputusan negatif COVID-19) sebelum memulakan operasi.

“Pemeriksaan berkala akan dilaksana untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi. SOP boleh diperoleh daripada laman web Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (http://mlgh.sarawak.gov.my),” menurut kenyataan itu. 

Sarawak hari ini mencatat 141 kes baharu COVID-19.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan satu lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 di daerah Serian iaitu Kluster Chupak.

Kluster tersebut merupakan kluster komuniti yang dikesan di Kampung Chupak, Siburan di daerah Serian.

“Sehingga hari ini, seramai 338 individu disaring. Dalam kluster ini, 57 kes dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes,  41 kes adalah negatif dan 240 kes masih menunggu keputusan,” katanya.

-- BERNAMA

 


« PREV
NEXT »

No comments