BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sekolah di Miri masih tutup


MIRI, 19 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri hari ini memutuskan pembukaan sekolah rendah di dalam pentadbiran daerah itu ditangguh seminggu lagi kerana Miri masih dikategori sebagai Zon Merah dan kes positif COVID-19 masih meningkat.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin, yang juga penyelaras JPBB Miri, berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Pegawai Pendidikan Daerah Miri dalam mesyuarat hari ini.

“Adalah diperhatikan bahawa pada 17 Mac, Miri mencatatkan bilangan kes positif COVID19 tertinggi di Sarawak dengan jumlah 88 kes.

“Dalam tempoh lima hari iaitu sejak Ahad hingga semalam, Miri telah mencatatkan pertambahan jumlah kes sebanyak 209,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 18 orang atau sembilan peratus kes positif terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah serta guru manakala 55 orang telah dikesan sebagai kontak rapat.

“Berikutan penangguhan ini yang diikuti cuti persekolahan, pembukaan sekolah rendah bagi daerah Miri adalah sama dengan tarikh pembukaan sekolah menengah iaitu pada 5 April. Selain itu, sesi persekolahan bersemuka sekolah rendah dalam pentadbiran daerah Subis (yang berjiran dengan Miri) akan bermula minggu depan,” katanya.

-- BERNAMA

 


« PREV
NEXT »

No comments