BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak Pay bertaraf global



KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Sarawak Pay, aplikasi dompet elektronik atau e-dompet bagi urus niaga membeli-belah tanpa tunai yang diperkenalkan kerajaan negeri, kini boleh digunakan untuk transaksi pembayaran antarabangsa.

Kemudahan itu susulan pelancaran kad maya UnionPay menerusi Sarawak Pay hari ini.

11 m 
Ambrose Cheng and 10 others
1 comments
1 share

Comments

Melalui kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara, di mana sahaja kod QR UnionPay diterima. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya semasa majlis pelancaran berkata ini adalah satu lagi kejayaan yang dicapai ke arah mendigitalisasi Sarawak.

“Kejayaan kerjasama ini adalah hasil MOU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani bersama UnionPay semasa lawatan saya ke China pada April 2019.

“Saya gembira kita sudah dapat merealisasikan aspirasi kita untuk ke peringkat global dan e-dompet Sarawak Pay boleh digunakan untuk transaksi pembayaran tanpa tunai yang lancar di peringkat antarabangsa,” katanya.

Abang Johari berkata sehingga kini, urus niaga hampir RM1 bilion telah direkodkan menerusi Sarawak Pay dan kerajaan negeri menyasarkan jumlah berkenaan akan meningkat dengan kerjasama bersama UnionPay.

Beliau berkata Sarawak Pay kini mempunyai 496,000 pengguna dan hampir 70,000 peniaga yang mengambil bahagian di negeri itu. 

“Bagi mengukuhkan jenama dan kehadiran di peringkat global, kini masanya untuk kita menamakan semula e-dompet SarawakPay kepada SPay Global dan berkaitan itu, kita akan memohon kebenaran Bank Negara untuk meningkatkan jumlah e-dompet, mungkin maksimum kepada 1,000 Euro,” katanya.

-- BERNAMA

 #SarawakUpdate #SarawakPay #EkonomiDigital

 

« PREV
NEXT »

No comments