BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak catat 407 kes hari ini



KUCHING, 19 Mac (Bernama) -- Sarawak mencatatkan jangkitan harian tertinggi wabak COVID-19 dengan 407 kes positif pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 13,820 kes, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu berkata daripada 407 kes tersebut, 138 melibatkan tahanan di Depo Imigresen Semuja, Serian dan kawasan itu adalah kawasan terkawal dan tertutup. 

“Kesemua mereka telah diletakkan di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19) Depo tahanan Semuja, Serian. Dimaklumkan juga, kes di Sibu, Betong, Kuching, Bintulu dan Kapit telah menunjukkan trend penurunan dalam minggu ini,” katanya pada sidang COVID-19 di sini.

Sementara itu, Uggah berkata terdapat satu kematian baharu akibat jangkitan wabak itu di Sarawak hari ini sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 96 orang.

“Kes kematian ke-96 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 55 tahun yang telah dikesan positif menerusi ujian saringan RT-PCR COVID-19 pada 27 Feb melalui aktiviti ACD (pengesanan kes secara aktif) di kawasan berisiko tinggi. 

“Kes telah menerima rawatan di Hospital Sibu. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac dan kes itu tidak mempunyai komorbiditi,” katanya.

-- BERNAMA





« PREV
NEXT »

No comments