Sarawak bayar RM30 juta kepada PTPTN

 


Oleh Ambrose Cheng


KUCHING: Seperti yang dijanjikan pada sesi town hall di Kuala Lumpur tidak lama dahulu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg hari ini mengotakan janji beliau untuk membantu para pelajar dari Sarawak menjelaskan sebahagian daripada hutang mereka dengan PTPTN.

Pagi tadi Yayasan Sarawak yang diketuai oleh Pengarahnya, Haji Azmi Bujang telah menyerahkan cek RM30 juta untuk tujuan tersebut kepada pihak PTPTN yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Dasuki bin Abdul Majid dalam satu majlis ringkas di Pejabat Ketua Menteri.

Pembayaran tersebut bertujuan untuk menjelaskan 30% daripada baki hutang pelajar dengan syarat 30% daripada hutang berkenaan telah dijelaskan oleh pelajar sendiri.

Terdahulu, Abang Johari menyaksikan majlis menyerahkan memorandum persefahaman di antara Yayasan Sarawak dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Like
Comment
Share
Share: