BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis siasat majlis kahwin Neelofa?



KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Polis membuka kertas siasatan terhadap majlis perkahwinan selebriti tempatan terkenal, Neelofa, yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya akan memanggil penganjur majlis berkenaan dan pemilik hotel dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Hasil siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan, selain tiada penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, selamat diijabkabul dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

-- BERNAMA

 


« PREV
NEXT »

No comments