BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis gempur judi tanpa lesen

EMPAT BUAH  premis terdiri daripada kedai runcit dan kedai makan yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi tanpa lesen dipotong bekalan elektrik, hari ini.

Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching yang diketuai oleh Insp Muhamad Rizal bin Muhammad Razali Bersama kaki tangan Sarawak Energy Berhad (SESCO) itu telah dijalankan di sekitar kawasan Kuching antara jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi. 



Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Bin Awang Gani, operasi itu dibuat di premis-premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen sebelum ini. 

Katanya, mengikut seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, pihak polis boleh membuat permintaan untuk pemotongan elektrik jika mempunyai alasan yang munasabah bahawa premis itu dipercayai menjalankan sebarang aktviti perjudian.

Beliau memberi amaran keras kepada pengusaha premis berkaitan supaya tidak menjalankan apa-apa aktiviti perjudian tanpa lesen memandangkan pihak polis akan mengambil tindakan yang drastik  sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan juga akan melaksanakan tindakan pencegahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959(POCA) ke atas mereka yang terlibat.

Turut dinyatakan oleh ACP Awang Din Bin Awang Gani, dalam tempoh empat hari bermula 01.03.2021 hingga 04.03.2021, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching telah berjaya membuat 5 serbuan ke atas premis-premis perjudian ini dan seramai 7 orang pekerja yang dipercayai terlibat dalam aktiviti judi atas talian (JOL) turut ditangkap. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana memperuntukan hukuman denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga 3 tahun jika sabit kesalahan. 

Kesemua subjek yang ditahan telah direman dan masih dalam siasatan pihak polis. 

« PREV
NEXT »

No comments