BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penerbangan khas Anak Sarawak belajar di Sabah


KUCHING, 24 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak telah berbincang dengan operator syarikat penerbangan bagi menyediakan penerbangan khas untuk pelajarnya yang belajar di Sabah, kata Menteri Pengangkutan negeri Sarawak Datuk Lee Kim Shin.

Beliau berkata, baru-baru ini kementeriannya telah menerima permohonan daripada pelajar-pelajar Sarawak yang belajar di Sabah, untuk mendapatkan penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu dan juga Miri ke Kota Kinabalu.

Menurut Lee, berdasarkan kepada permohonan itu, kerajaan negeri telah berbincang dengan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air dan Maswing, mengenai kemungkinan mengadakan penerbangan khas ke destinasi-destinasi tersebut, bagi memenuhi keperluan tersebut.

“Untuk tujuan ini, kami menasihatkan agar pelajar-pelajar kami untuk berhubung secara terus dengan syarikat penerbangan untuk menempah tiket penerbangan mereka, supaya pihak penerbangan terbabit akan menjawab permohonan penerbangan khas daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) ke tempat-tempat tersebut.

“Kami berharap cara ini akan dapat membantu pelajar kami kembali ke kampus dan meneruskan pengajian semester baharu mereka mengikut jadual, iaitu akan memulakan pengajian secara fizikal pada 5 April,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa ini, kerajaan negeri Sarawak telah mengurangkan jumlah penerbangan masuk ke negeri itu disebabkan situasi COVID-19 dengan hanya penerbangan diluluskan dibenarkan masuk ke negeri itu.

-- BERNAMA

 


« PREV
NEXT »

No comments