Pembangunan ubah wajah utara Sarawak


Oleh Ambrose Cheng 

LIMBANG: Landskap pembangunan di kawasan Utara Sarawak akan berubah apabila kesemua projek infrastruktur yang sedang dan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat di Daerah Limbang dan Lawas siap sepenuhnya pada 2026, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Abang Haji Openg.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di akhir lawatan kerja sehari suntuk ke sini untuk meninjau beberapa projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Daerah Limbang dan Lawas.
Pada kesempatan kali ini beliau telah diberi taklimat mengenai tahap pelaksanaan antaranya:

1) Projek jambatan Sg. Limbang/Sg. Bunut No.2 dan jalan raya berkaitan (kos RM188 juta)
2) projek pembinaan Jalan Ulu Tubai menuju ke Mentawai/Gunung Buda (kos RM56.9 juta)
3) Projek naiktaraf loji penapisan air Berawan daripada kapasiti 20 MLD kepada 40 MLD
4) Projek bekalan air luar bandar sistem retikulasi untuk memasang paip OD HDPE 160 mm sepanjang Paya Lakap dan Simpang Meritam untuk manfaat 145 isi rumah 
5) Projek penyambungan jajaran paip bekalan air daripada Mekasing/Ukong ke Daerah Kecil Medamit lengkap dengan tangki aras tinggi dengan kos projek RM11 juta
6) projek Sawas Pakej 4 di Rh Tugang anak Emparan, Kpg Ulu Lubai dengan kos RM3 juta
7) projek pemulihan loji penapisan air di Long Napir dan Limpaku Pinang berongkos RM2.16 juta
8)projek naiktaraf Tebingan Limbang Fasa 1 (kos RM 23 juta)
9) projek naiktaraf Tebingan Limbang Fasa 2 (kos RM 24 juta)
10) Projek Jejantas Pejalan Kaki Melintas Kubu (kos RM 3.56 juta)
11) Projek Jejantas Pejalan Kaki melintas Bangunan Tamu dan Bangunan Kastam (kos RM22.5 juta) 
12) Projek naiktaraf jalan Tedungan-Pandaruan (kos RM 15.93 juta)
13) Projek naiktaraf jalan raya dan jalan raya baharu daripada Kpg Pendam ke Kpg Ipai, Limbang (kos RM35 juta) 
14) projek membina jalan raya baharu dari Rangau ke Kuala Limbang (kos RM28 juta)
15) Projek pembinaan jalan raya baharu dari Bukit Lubok ke Kpg Seberang Kedai (kos RM17 juta)
16) Projek pembinaan jalan raya baharu daripada Nanga Medamit ke Rh Aling (kos RM119 juta)
17) Projek pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara dari Tedungan CIQ ke Panduruan CIQ di Daerah Limbang dan dari Mengkalap CIQ ke Merapok CIQ di Daerah Lawas 
18) projek penyambungan jajaran paip daripada Bawang Ubor - Simpang Pengkalan Jawa ke Simpang Ukong (kos RM24 juta)
19) Pembinaan jajaran paip bekalan air daripada Kpg Medamit Baru ke Rh Aling dan dari Medamit - Kuala Mendalam Junction ke Kuala Mendalam (kos RM 41.4 juta)
20) Projek pembinaan jalan baharu dari Nanga Medamit ke Rh Aling, Daerah Limbang (kos RM119 juta)
21) Projek-projek pembinaan 3 RC jeti di Batu Danau, Kuala Mendalam dan Nanga Medamit dan penggantian laluan pejalan kaki kayu ke konkrit di 9 buah kampung (kos RM 8 juta) 
22) Projek Pengindahan Bandar Lawas 
23) Projek Muzium Pembangunan Limbang
Share: