Mayat mangsa serangan buaya ditemui

MUKAH: Mayat Alibaba Dahri, 52, yang dikhuatiri disambar buaya ditemui di Kampung Senau, sekitar jam 5 pagi tadi.

Badan mangsa ditemui penduduk kampung pada jarak radius lapan Kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Terdapat ada kesan sinonim dengan kecederaan serangan binatang buas pada bahu kiri, telinga dan peha kanan mangsa.

Mangsa dilaporkan hilang ketika menjala udang di sungai Oya oleh adiknya sekitar jam 1 petang semalam.

Sementara itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, mayat telah dibawa ke Hospital Dalat untuk bedah siasat.
Share: