BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kuarantin 14 hari masuk Sarawak masih berkuatkuasa



KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- Individu yang mahu memasuki Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak lagi perlu melakukan ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan ke negeri ini, berkuat kuasa Isnin ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keputusan itu dibuat setelah menilai situasi semasa COVID-19 di Semenanjung, Sabah dan Labuan yang kini dilihat terkawal.

“Bagaimanapun individu berkenaan masih perlu mengisi maklumat melalui ‘EnterSarawak’ secara dalam talian (https://entersarawak.socoe.co/register) dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Arahan kuarantin selama 14 hari di Sarawak masih lagi berkuat kuasa,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Mengenai situasi COVID-19 di Sarawak, Uggah berkata terdapat 154 kes jangkitan baharu yang dilaporkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini 13,974 kes.

-- BERNAMA

 


« PREV
NEXT »

No comments