BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

FAMA Sarawak bantu petani jual atas talian


Gambar arkib - FAMA bantu jual buah durian

KUCHING, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak sedang mengkaji cadangan untuk mewujudkan aplikasi pasar sehentian dalam usaha meningkatkan jualan produk tempatan dan hasil ternakan di negeri ini.

Pengarah FAMA negeri Abdul Jaafar Lian berkata menerusi aplikasi berkenaan, ia membolehkan orang ramai melayari dan membuat pembelian barangan yang kemudiannya akan dihantar kepada pembeli menerusi perkhidmatan penghantaran ke rumah mereka.
Gambar arkib FAMA bantu eksport rambutan

“Ini adalah satu daripada cara untuk membantu peniaga tempatan di pasar meningkatkan hasil jualan mereka. 

“Selain daripada perkembangan terbaharu ini, buat masa ini pelanggan boleh membeli produk segar atau yang lain secara dalam talian di www.agrobazaar.com.my,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Ulam-ulaman Tempatan di Medan Niaga Satok di sini hari ini.

Gambar arkib - Pengarah FAMA bersama peserta projek rambutan

Sementara itu, Abdul Jaafar berkata pandemik COVID-19 telah mengubah cara peniaga menjalankan perniagaan dengan menggunakan platform media sosial seperti WhatsApp atau Facebook untuk mempromosi dan menjual produk mereka.

Terdahulu, mengenai program hari ini, Abdul Jaafar berkata FAMA menganjurkan kempen berkenaan bertujuan untuk mempromosikan buah-buahan tempatan.

“Dalam keadaan penularan COVID-19 ketika ini, adalah penting mengamalkan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan kekal sihat untuk meningkatkan imunisasi badan,” katanya.

Beliau berkata kempen itu juga memberi kesedaran mengenai kebaikan buah-buahan tempatan dan faedah kepada kesihatan.

-- BERNAMA

 

TAG: FAMA, Sarawak, aplikasi, secara dalam talian, jualan, produk tempatan dan ternakan 



« PREV
NEXT »

No comments