Dilemma isu rumah sewa graduan

 



Tiada lagi risau rumah sewa anak 




Antara dilema ibu bapa menghantar anak mereka belajar di universiti iaitu mencari rumah sewa sesuai dengan anak mereka.


Apabila dikaitkan dengan tempat kediaman, ibu bapa pasti memikirkan keselamatan, kos dan keselesaan anak mereka.


Langkah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membangunkan Portal Rumah Siswa sebagai platform kepada mahasiswa untuk mencari rumah sewa di sekitar kampus sebagai langkah yang tepat.


Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, portal itu berfungsi menghubungkan antara pelajar sebagai penyewa dengan pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat serta memudahcara proses pencarian bilik atau rumah sewa pada harga kompetitif.


Menurutya, sebanyak 1,250 rumah telah didaftarkan di portal tersebut hingga 16 Feb lepas dan mahasiswa boleh mula mengakses portal itu melalui pautan rumahsiswa.mohe.gov.my.


Noraini berkata pembangunan portal itu dilaksanakan di bawah Agenda Rumah Sewa Siswa yang turut melibatkan dua inisiatif lain iaitu Penubuhan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus dan Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus.


"nisiatif berkenaan sebagai panduan kepada pengurusan universiti dalam mentadbir, menyelaras dan menguruskan segala keperluan, maklumat, pembangunan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa luar kampus khususnya yang menetap di rumah sewa agar lebih etratur dan menyeluruh," katanya berucap pada perasmian Portal Rumah Siswa secara maya hari ini, 


Noraini berkata usaha menubuhkan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus bermula tahun lepas bagi menjalankan fungsi sebagai badan pentadbir, penasihat dan pemantau kepada pelaksanaan program dan aktiviti pelajar luar kampus dan juga pemberi khidmat kaunseling perumahan kepada pelajar luar kampus.


Katanya, kesemua 20 universiti awam telah mewujudkan portfolio baharu bagi Pengurusan Pelajar Luar Kampus.


Mengenai garis panduan, beliau berkata ia meliputi lima skop penting iaitu Pembangunan Pelajar Luar Kampus, Perkhidmatan Pelajar Luar Kampus, Pengurusan Kebajikan Pelajar Luar Kampus, Pengurusan Rumah Sewa Luar Kampus serta Jaringan Kemasyarakatan yang bertujuan menjamin kesinambungan dan kelancaran pengurusan pelajar luar kampus.

Share: