Belia "Ekonomi Hidrogen" diperkasakan, Abang Jo

 



KUCHING, 8 Mac (Bernama) -- Sarawak perlu menyediakan latihan kemahiran khas bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir untuk membangunkan ekonomi hidrogen di negeri ini, kata Ketua Menterinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.


Beliau berkata salah satu penggerak utama ke arah ekonomi hidrogen adalah pembangunan sumber manusia dan dunia kini sedang giat menuju ke arah penggunaan tenaga yang bersih dengan menjangkakan gas hidrogen akan menjadi sumber tenaga utama dalam dekad-dekad yang akan datang.


2 h 
ABG JO CANSELOR PERTAMA I-CATS DAN LANCARKAN KOLEJ UNIVERSITI I-CATS

1 comment
Like
Comment
Share

ABG JO CANSELOR PERTAMA I-CATS

“Sarawak perlu menyediakan institusi universiti, vokasional dan pusat latihan kemahiran khas untuk menjana kemahiran dalam teknologi baharu ini supaya ada kelangsungan bagi negeri ini dalam mengejar pembangunan berasaskan teknologi dan sumber tenaga baharu, khususnya hidrogen,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan pengisytiharan Majlis Konvokesyen Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-CATS (International College of Advanced Technology Sarawak) ke-23 di sini.


Menurutnya, penubuhan kedua-dua institusi kemahiran itu serta Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) merupakan langkah kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir teknikal.


Abang Johari berkata Sarawak sudahpun mendahului negeri-negeri lain dalam merintis penggunaan hidrogen, khususnya dalam sektor pengangkutan, sementara loji pengeluaran gas hidrogen di bawah kelolaan Sarawak Energy di Pending merupakan kemudahan pertama di rantau ini.


“Dua buah bas yang beroperasi di bandar raya Kuching juga merupakan bas hidrogen pertama di Malaysia dan di rantau Asean, malah stesen pengisian bersepadu pertama juga sedang dibina di Kuching yang menyediakan pengisian minyak konvesional, elektrik dan hidrogen,” katanya.


Pada majlis yang dianjurkan secara norma baharu dengan sebilangan besar graduan menyaksikan majlis secara penstriman langsung di Facebook, Abang Johari telah diisytiharkan sebagai Canselor Kolej Universiti i-CATS berkuat kuasa hari ini.  Kolej Universiti i-CATS dinaik taraf sebagai kolej universiti pada 3 Dis lepas.


Seramai 742 graduan menerima sijil dan diploma masing-masing dengan 327 merupakan penerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), 119 penerima Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), lima penerima Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) serta tujuh penerima Sijil Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. 


Seramai 259 graduan lagi menerima diploma dalam pelbagai bidang, 25 graduan menerima Ijazah Kejuruteraan Perisian dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan.


-- BERNAMA


 



Share: