BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Abang Jo lawat Kem Semuja



KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan meninjau sendiri Depot Imigresen Semuja di daerah Serian pada Isnin, yakni pusat tahanan yang merupakan lokasi salah satu kluster COVID-19 yang dikesan di Sarawak.

Beliau berkata lawatan itu juga adalah untuk beliau melihat sendiri sama ada terdapat kelemahan pada prosedur operasi standard (SOP) bagi menyekat penularan COVID-19 di depot berkenaan yang terletak kira-kira 70 kilometer dari sini.

Katanya kluster itu juga merupakan antara penyumbang terbesar kes positif negeri semalam, apabila sebanyak 146 kes positif direkodkan.

“Kalau kita lihat kes positif di kawasan lain semua menurun seperti di Kuching, Sibu, Miri tetapi di Semuja 138 kes (positif) semalam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu acara di sini, hari ini.

Khamis lepas, Timbalan Ketua Menteri, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kluster Depot Imigresen Semuja dikesan susulan saringan ke atas semua anggota Imigresen dan tahanan di depot berkenaan.

Beliau berkata saringan itu dilakukan berikutan maklumat terdapat individu positif COVID-19 dalam kalangan pendatang tanpa izin yang diusir keluar sebelum ini, dan sehingga semalam, 245 kes positif telah dikesan bagi kluster itu.

-- BERNAMA

 


« PREV
NEXT »

No comments