BREAKING NEWS
latest

728x90

468x60

header-ad

Wartawan ditumbuk rakam gambar kemalangan maut


KUCHING: Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina dipercayai ditumbuk kerana merakamkan kejadian kemalangan jalan raya di sebuah kawasan tapak projek perumahan belakang Stesen Minyak Petronas, Ulu Bintawa petang tadi.

Mangsa telah didatangi dan dimarahi tiga lelaki kerana merakamkan mangsa kemalangan yang maut di tempat kejadian sekitar jam 2.50 petang.

"Mereka meminta supaya memadamkan gambar yang telah diambil.

"Telah berlaku pertengkaran diantara wartawan berkenaan dengan tiga lelaki dan wartawan berkenaan telah ditumbuk kerana masih terdapat gambar mangsa kemalangan di dalam telefon bimbit wartawan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, wartawan berkenaan juga diberi amaran supaya tidak menyiarkan kejadian berkenaan.

"Wartawan yang ketakutan telah tampil membuat laporan polis. Beliau berbangsa Cina tempatan dan berumur 45 tahun," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan.

Kes masih dalam siasatan.

Terdahulu, seorang pemandu lori maut dirempuh sebuah kenderaan Toyota Hilux yang dipandu secara mengundur oleh seorang supervisor tapak pembinaan di Jalan dalam kawasan Tapak Projek Perumahan Darul Hana, Petra Jaya petang tadi.

Ketika kejadian pemandu Hilux memandu mengundur untuk keluar dari kawasan pembinaan sebelum terlanggar Bong Kai Feng 28, ( pejalan kaki) yang sedang berdiri di belakang lori dipandu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, akibat pelanggaran tersebut mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala oleh paramedik Hospital Umum Sarawak(HUS) yang tiba di lokasi pada jam 2.10 petang.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa iaitu pejalan kaki yang sedang berdiri di belakang lori dipandunya sementara menunggu masa untuk menurunkan muatan tar bagi pembinaan jalan raya.

"Mangsa telah tersepit selepas 4WD jenis Toyota Hilux yang sedang mengundur telah terlanggar simati," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu Hilux adalah supervisor bagi projek pembinaan jalan raya ini.

Beliau tidak mengenali mangsa dan tidak menyedari ada orang di belakang kenderaannya .

"Mayat telah dihantar ke Unit Forensik HUS, untuk ujian Covid sebelum bedah siasat dijalankan. 

"Kedua-dua kenderaan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.


« PREV
NEXT »