SIBU: Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Bawang Assan putus tangan kiri ditetak seorang warga emas di Hua Kiew Road malam tadi.
Sehingga berita ini ditulis, tangan kiri mangsa masih belum dijumpai.
Mangsa tinggal di sebuah rumah kosong bersama-sama teman wanitanya dan suspek sejak dua hari yang lalu.
Saspek, seorang bekas juruteknik yang telah bersara berusia 59 tahun tidak berpuas hati kerana mereka menumpang rumah itu.
Malam tadi, suspek dan mangsa bertengkar dan suspek menggunakan parang dan menetak tangan kiri mangsa.
Mangsa melarikan diri dengan teman wanita untuk meminta bantuan sebelum rebah di jalan raya.
Seorang jiran mendengar kekecohan itu datang menolong dan menghubungi ambulans.
Polis pergi ke lokasi kejadian sekitar jam 8 malam, tetapi suspek sudah melarikan diri.
Polis cuba mencari tangan mangsa tetapi tidak menemui.
Jiran mengatakan bahawa suspek mengalami kemurungan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Saspek mempunyai rekod jenayah lampau.