BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jangan takut vaksin


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo merayu rakyat Sarawak supaya mendaftar segera untuk mendapat suntikan vaksin.

 “Saya telah menerima suntikan untuk dos pertama Vaksin Covid-19 (PFizer BioNTech) vaccine semalam di Klinik Kesihatan, Petra Jaya bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Profesor Dato Sri Dr Sim Kui Hian.


 

“Setelah menerima dos pertama, kehadiran saya di sini pagi ini membuktikan suntikan vaksin tersebut selamat bagi mereka yang tiada isu kesihatan. Semalam baru dos pertama dan saya akan menerima dos kedua pada 19 Mac,” kata Abang Jo.

Beliau berpesan kepada seluruh rakyat Sarawak – janganlah takut untuk mendaftar dan tampil bagi menerima suntikan vaksin Pfizer yang telah diluluskan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).

Beliau menyeru Anak Sarawak mendaftar melalui applikasi MySejahtera, atau pergi ke pejabat daerah terdekat, klinik atau pusat kesihatan, atau Tuai Rumah, Ketua Kampung atau Kapitan di tempat masing-masing.

Sarawak katanya mempunyai program untuk memberi vaksin kepada 2 juta rakyat yang layak dan juga 200,000 bukan-warga merangkumi 70 peratus penduduk negeri ini supaya mampu mencapai tahap “herd immunity”.

Program tersebut akan dilaksanakan dalam tiga fasa dalam tempoh masa tujuh (7) bulan dari Februari hingga Ogos 2021 tertakluk kepada bekalan vaksin.

Hantaran pertama bagi Fasa Pertama untuk kegunaan Februari hingga Mac dengan jumlah 23,400 dos akan melibatkan pemberian suntikan kepada 11,700 petugas barisan hadapan (frontliners).

Bagi fasa pertama yang bermula pada 26 Februari sehingga 30 April, Sarawak akan menerima 87,750 dos bagi kegunaan 97,161 anggota.

Seterusnya, Sarawak akan menerima hantaran untuk kumpulan sasaran terdiri daripada 999,834 individu yang berumur 18 tahun ke atas atau 43% dalam tempoh masa antara Mei hingga Ogos.

Vaksin akan dihantar ke 54 lokasi yang ditetapkan di seluruh negeri di mana program vaksinasi akan dijalankan.

Pelaksanaan program ini adalah suatu tugas yang amat sukar serta memerlukan perancangan yang rapi, dan melibatkan banyak tenaga kerja dan logistik memandangkan saiz Sarawak yang besar. 

“Namun, begitu saya yakin bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) kita, Datuk Amar Douglas Uggah dan pasukannya yang sangat berdedikasi akan dapat melaksanakannya dengan jaya,” kata Abang Jo.


#SarawakUpdate #VaksinCovid19 #AbangJo

« PREV

No comments