BREAKING NEWS
latest

728x90

468x60

header-ad

Hasrat hantar anak ke sekolah agama berakhir tragedi


SEBUYAU: Hasrat sekeluarga dari Kapit menghantar anak balik ke sekolah agama di Kuching berakhir tragedi selepas kenderaan pacuan empat roda(4WD) yang dinaiki terjunam ke dalam sungai di pangkalan feri Triso,di sini, petang ini.

Kesemua sembilan orang mangsa terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan meninggal dunia dalam kejadian itu.

Mangsa dikenali Siti Aisha Abdullah, 36, bayi lelaki berusia empat bulan Mohd Ahmad Mohd Hamdan, Muhd Mustaqim Mohd. Hamdan, 5, Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7, Ronany Ting, 33, Wallace Phang, 7, Alvin Phang,12, Khairunnisa Muhamad,14, dan Nor Shuhada Mohamad,16.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.14 petang.

"Kesemua mangsa telah dibawa pihak polis ke Klinik Kesihatan Beladin untuk proses pengesahan kematian dan pengurusan mangsa,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pengesahan info mengenai punca kejadian kemalangan tersebut masih dalam siasatan.

Keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dan BBP Simunjan telah digerakkan lokasi kejadian.
« PREV
NEXT »